Konsert AMAL Merdeka 09'

Antara program menarik yang akan di sajikan bersempena Karnival Amal Merdeka 2009 adalah Konsert AMAL Merdeka 09'. Program ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak menganjurkan Konsert Amal Merdeka 2008 yang telah menampilkan Nazrey Johani ( ex-Raihan), Kumpulan Nasyid Devotees dan Ustaz Akhwan Afandi.
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak berhasrat mengetengahkan hiburan mendidik jiwa sebagai alternatif hiburan yang semakin bercambah di luar sana. Semua di jemput hadir memeriahkan Konsert AMAL ini. Maklumat lanjut dan tempahan tiket boleh di dapati pada poster Konsert.
Riadhah Ukhwah AMAL

Sehari bersama Nisa' 09'


aktiviti-aktiviti sukaneka yang di jalankan
Pemeriksaan kesihatan percuma
Pertandingan mewarna kanak-kanak
Pertandingan gubahan barang-barang terpakaiMesyuarat Agung: Liputan Media
Laporan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak dalam sisipan akhbar Utusan Borneo 19 Mac 2009
Laporan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Yayasan Amal Cawangan Sarawak dalam sisipan akhbar Eastern Times, 18 Mac 2009
Laporan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak dalam sisipan akhbar Borneo Post, 20 Mac 2009
YAM Miri: Terima kasih & jutaan penghargaan kepada media cetak yang sudi membantu mempromosikan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak ke seluruh pelusuk Sarawak. TERIMA KASIH..
Ahli Jawatankuasa Kerja AMAL Sarawak 09/11'

Tuan Hj Mohd Razali Moksim dan Ustaz Salehuddin Abu Samah
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Pertama
Tuan Haji Husin Ismail, Presiden Yayasan AMAL Malaysia dengan disertai kehadiran Ketua Setiausaha, Encik Abdul Hamid Seman yang kemudiannya telah dipilih menjadi Pengerusi Tetap Mesyuarat.

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Miri ( AMAL Miri) telah di pilih sebagai tuan rumah Mesyuarat Agung kali pertama ini. Selain daripada kehadiran perwakilan AMAL seluruh Sarawak, wakil-wakil daripada Badan-badan NGO Islam antaranya Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP), Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP) dan Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri turut hadir sebagai tetamu kehormat majlis.

Pemilihan pimpinan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak sesi 2009-2011 ini telah dilangsungkan dengan penuh tanggungjawab & tenang oleh sukarelawan Amal tanpa sebarang protes dan bantahan. Sukarelawan Amal telah sebulat suara melantik Saudara Muhtar Suhaili, Jurutera Sarawak Shell Berhad sebagai pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak. Selain itu website Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak turut di rasmikan oleh Tuan Haji Husin Ismail, Presiden Yayasan AMAL Malaysia. Kelahiran website tersebut di harap menjadi hebahan umum mengenai AMAL Sarawak & aktiviti-aktiviti yang telah dilangsungkan di seluruh pelusuk Sarawak.
Mesyuarat ini telah selamat di langsungkan selama 4 jam bermula pada pukul 8.30 pagi dan di tangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari. Semoga segala keputusan & usul yang telah di persetujui bersama di permudahkan oleh Allah s.w.t untuk di laksanakan. Bersama perkasakan AMAL Sarawak untuk ummah yang kita cintai ini.
YAM Miri: SYUKRAN JAZILAN kepada ahli jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus lumus, berganding bahu untuk memastikan mesyuarat yang dilangsungkan ini berjalan dengan lancar & teratur. Semoga Allah memberi sebaik-baik balasan kepada antum.. Jazakumullahu khairal jazak
Ceramah Khas : Isu Palestin
Di anggarkan seramai hampir 50 orang hadhirin yang terdiri daripada sukarelawan AMAL & ahli qoryah mengikuti dengan penuh minat perkongsian ilmiah ini. Ceramah yang di langsungkan hampir satu jam ini telah menyuntik semangat masyarakat setempat untuk lebih mensyukuri & menghargai nikmat keamanan & keharmonian di Malaysia.

YAM Miri: Airmata perjuangan & penderitaan ummah di Gaza bukan hanya isu jazirah tanah Arab semata..bukan juga isu Islam semata..tetapi merupakan isu kemanusiaan sejagat melewati budaya,nilai & agama... keprihatinan & kepedulian ummah akan terus marak sehingga neraca keadilan di tegakkan.








